Strategi Kaizen dan strategi Inovasi.
Terdapat dua pendekatan meningkatkan produktiviti:
1. Pendekatan secara perlahan (Gradualist) - Kaizen
2. Pendekatan secara mendadak (Great-leap) - Inovasi
Kaizen bermakna Peningkatan berterusan sama ada dalam kehidupan seseorang, di rumah dan di tempat kerja.
Apabila dilaksanakan di tempat kerja, Kaizen bermakna peningkatan berterusan yang melibatkan semua orang.
Budaya Jepun cenderung kepada pendekatan secara perlahan (kaizen), dan Barat pula cenderung kepada pendekatan secara cepat(Inovasi).
Kaizen melibatkan penyertaan pekerja dalam kawalan/zon sendiri dibawah pengawalan penyelia dan pengurus. Ia lebih murah dari pelaburan modal (inovasi).
Penyertaan dan komitmen setiap pekerja menyumbang kepada penjimatan kos pengeluaran dan meningkatkan kecekapan proses.
Kesan Jangka Panjang Jangka Pendek
Langkah Langkah kecil Langkah besar
Jangka Masa Berterusan & meningkat Berperingkat
Perubahan Perlahan dan kekal Cepat dan mudah luput
Pendekatan Usaha kumpulan Ideas & usaha individu
Penglibatan Setiap orang Terpilih sahaja
Mode Pengekalan & Peningkatan Skrap dan bina
Pengetahuan Pengetahuan mudah Break-through teknologi
Keperluan Pelaburan sedikit Pelaburan Besar
Orientasi Orang Teknologi
Penilaian Proses dan usaha Hasil keuntungan
Strategi perniagaan Sun Zi dan Ziangqi.
Usahawan Machiavelli dan usahawan Beriman.
Machiavellianism (usahawan machiavelli)
Diperkenalkan oleh Niccolo Machiavelli yang berpendapat usahawan yang memiliki “High-Mach” akan bersikap pragmatik, mengekalkan jarak emosi dan yakin tujuan boleh menghalalkan cara. Kesan daripada keyakinan sedemikian menyebabkan mereka bersedia mempergunakan orang lain atau menggunakan pelbagai cara demi untuk mencapai matlamat peribadi.
CIRI CIRI UTAMA USAHAWAN BERIMAN
- BERIMAN SERTA MEMENTINGKAN IBADAH.
- SENTIASA MELANDASKAN ‘AMAL, KASAB DAN SUN’A KERANA ALLAH S.W.T.
- BHIHANIKA USAHA EKA MATLAMAT.
- BERORIENTASIKAN KEBERKATAN. MENITIKBERATKAN MUTU DALAM ‘AMAL, KASAB DAN SUN’A.
- KESUNGGUHAN DAN ILTIZAM DALAM ‘AMAL, KASAB DAN SUN’A.
- SENTIASA BERUSAHA KE ARAH PENCAPAIAN YANG TERBAIK.
- AMANAH.
- SENTIASA BERDO’A.
- BERTAWAKKAL.
- SABAR.
- QANA’AH DAN HIMMAH.
- DERMAWAN.
- BERDISPLIN DAN BERSISTEMATIS.
- SANGGUP BERKORBAN DI JALAN ALLAH.
Saringan sejarah Rasulullah dan sahabat dalam perniagaan.
Nota :
Amal : kerja-kerja yang berkaitan dengan spiritual.
Kasab : perniagaan, pertanian dan sebagainya.
Sun’a : pembuatan (manufacturing). Qana’ah : berpada dengan keupayaan yang ada.
Himmah : tidak menyalahkan orang lain.
Iltizam : konsisten.
Bhihanika : berbagai.
Eka : satu.
No comments:
Post a Comment