Biodata

~ Nama : Mohammad Afendy Noor Khan

~ No.Matrik : DPT070002

~ Kolej : Island College of Technology

~ Kursus : Diploma Teknologi Maklumat (kawalselia UUM)

~ Semester : Semester 2 (Tahun akhir)

~ Subjek : Keusahawanan IT (TD313)

~ Alamat : Bayan Baru,Pulau Pinang

~ Tel.Bimbit : 017-4801230

~ Email : badgb89@yahoo.com.my

Sunday, January 31, 2010

Minggu 4: Apakah itu tekhnousahawan?

Definisi

Keusahawanan tekno itu adalah bidang keusahawanan yang mengaplikasi dan menggunapakai teknologi di dalam pengeluaran produk, pengurusan perniagaan dan pembuatan keputusan berkaitan perniagaan

Manakala usahawan tekno pula adalah usahawan yang menggunakan teknologi di dalam perlaksanaan perniagaannya.


3 Ciri seorang teknousahawan
-

Berinovatif
-Seorang teknousahawan bersifat kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu produk untuk memenuhi kekurangan dan kehendak persekitaran. Dengan ini produk yang dihasilkan akan unik dan berkualiti.

Berdaya saing
-Seorang teknousahawan juga perlu bersifat berdaya saing, ini kerana dengan adanya persaingan sesuatu produk dapat dinaik tarafkan dan diperbaharui.

Bertanggungjawab
-Dalam hal ini,tanggungjawab boleh ditakrifkan dalam pelbagai aspek.
Sebagai contoh tanggungjawab sosial (komuniti),seorang teknousahawan akan berasa bertanggungjawab keatas kekurangan produk sesuatu komuniti atau persekitaran,maka untuk mengatasinya beliau akan berusaha menghasilkan produk untuk menutup kekurangan komuniti tersebut.Dengan ini masalah itu akan selesai disamping beroleh sedikit keuntungan daripadanya.


Faedah yang diperolehi oleh seorang usahawan dengan menyediakan rancangan perniagaan

Salah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:
1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau peta yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.

2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan
rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.

3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.

4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.


Kandungan Rancangan Perniagaan

Bahagian 1 : Pengenalan
Bahagian 2 : Tujuan Rancangan Perniagaan
Bahagian 3 : Latar Belakang Perniagaan
Bahagian 4 : Latar Belakang Pemilik
Bahagian 5 : Latar Belakang Projek
Bahagian 6 : Rancangan Pemasaran
Bahagian 7 : Rancangan Pengeluaran/ Operasi
Bahagian 8 : Rancangan Organisasi
Bahagian 9 : Rancangan Kewangan
Bahagian 10 : Jadual Perlaksanaan Projek
Bahagian 11 : Rumusan

Minggu 3 :Apakah itu Entrepreneurship?



Evolusi Keusahawanan

Perkataan ‘entrepreneur’ datang dari perkataan bahasa Perancis “entrepredre” yang bermakna “to undertake”. Dalam bahasa Melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”.

:: Pada zaman permulaan ::

Definasi keusahawanan bermula seawal zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk mereka. Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif. Pedagang yang berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan, menerima segala risiko fizikal dan emosi. Setelah pedagang berjaya menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang tersebut.

:: Pada zaman pertengahan ::

Usahawan digambarkan sebagai seseorang yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Ia mungkin mengawal projek tersebut menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. Dalam kes ini, usahawan tidak menanggung sebarang risiko. Usahawan pada zaman ini, adalah seorang yang mengawal(berkuasa) kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja.

:: Abad ke 17 ::

Terdapat hubungan diantara risiko dan usahawan. Keusahawanan adalah orang yang menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk meyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak adalah tetap. Oleh itu kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan. Pakar ekonomi Richard Cantillion mengutarakan teori (definasi) awal mengenai usahawan. Beliau dikatakan pengasas kepada istilah entrepreneur (usahawan). Pada pandangan beliau, usahawan merupakan menerima risiko taruhan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.

:: Abad ke 18 ::

Usahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal). Ini berlaku kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Sebagai contoh: Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital, BUKAN pembekal modal.

:: Abad ke 19 dan 20 ::

Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan abad 20an, pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai usahawan.

:: Abad ke 21 ::

Usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk pasaran Free Enterprise. Usahawan abad ini mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya. “Sekarang, kebanyakkan orang mengatakan usahawan adalah perintis (pelopor) di dalam mencipta perniagaan baru.” Kuratko & Hodgetts



Keusahawanan

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.

Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:
1) Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Penciptaan tersebut mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.
2) Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha yang dilakukan.
3) Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.
4) Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan. Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan peribadi dan seterusnya keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).

-------------------------------------------------------------------------------------


Perbezaan antara ahli perniagaan dengan usahawan

Usahawan tidak sama dengan ahli perniagaan, terutama ahli perniagaan kecil-kecilan. Ini berdasarkan fakta, iaitu tidak semua ahli perniagaan adalah usahawan. Walaubagaimanapun semua usahawan adalah ahli perniagaan. Ahli perniagaan, terutama ahli perniagaan kecil-kecilan sebahagiannya mempunyai ciri-ciri seorang usahawan tetapi ciri-ciri tersebut hanyalah merupakan paras yang rendah bagi seorang usahawan. Terdapat beberapa perkara yang membezakan diantara ahli perniagaan dengan seorang usahawan.

Ahli Peniagaan Kecil Usahawan
Memulakan aktiviti perniagaan dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan untuk menanggung keluarga Memulakan perniagaan, mengambil alih kepimpinan dan mengembangkan perniagaan (pelaburan) untuk memenuhi impian sendiri dan mencapai prestasi seperti yang dikehendaki
Risiko yang rendah Risiko yang sederhana
Menjadi pengikut. Hanya melabur apabila sesuatu tersebut telah diuji dan dibuktikan oleh pasaran Mengambil kira semua risiko. (produk atau usaha tersebut belum dibuat oleh orang lain, maka segala risiko perlu di ambil kira)
*** PERHATIAN ***

Semua maklumat dalam blog ini dipetik dari sumber internet bertujuan sekadar pembelajaran semata-mata. Sebarang kesilapan ejaan adalah tidak disengajakan. Laman ini bukan bertujuan untuk meraih keuntungan. Harap Maklum.