Biodata

~ Nama : Mohammad Afendy Noor Khan

~ No.Matrik : DPT070002

~ Kolej : Island College of Technology

~ Kursus : Diploma Teknologi Maklumat (kawalselia UUM)

~ Semester : Semester 2 (Tahun akhir)

~ Subjek : Keusahawanan IT (TD313)

~ Alamat : Bayan Baru,Pulau Pinang

~ Tel.Bimbit : 017-4801230

~ Email : badgb89@yahoo.com.my

Thursday, March 11, 2010

Minggu 7 : Jenis Perniagaan

Terdapat TIGA (3) jenis perniagaan yang lazimnya terdapat di Malaysia iaitu Perniagaan Tunggal, Perkongsian dan Syarikat.
Terangkan setiap jenis perniagaan tersebut dan nyatakan kebaikan serta keburukan bagi setiap jenis perniagaan berkenaan.
Perniagaan Tunggal
Ciri-Ciri
  • Mudah ditubuhkan
  • Dimiliki dan diuruskan oleh seorang individu sahaja
  • Pemilik mempunyai liabiliti tidak terhad (menanggung semua kerugian)
  • Pemilik mempunyai hak atas semua asset dan keuntungan
Kebaikan
  • Mudah ditubuhkan
  • Untung dimiliki sendiri
  • Keputusan hak milik sendiri
  • Fleksibel
  • Bebas dari sebarang kawalan
  • Tidak dikenakan cukaikorporat
  • Senang dibubarkan
Keburukan
  • Pemilik tanggung segalahutang
  • Tiada kesinambungan perniagaan bila pemilik berhenti berniaga/mati
  • Sukar mendapat bantuan modal
  • Sukar mendapat pinjaman
  • Pengalaman/idea terhad
Perkongsian
Ciri-Ciri
  • Mudah ditubuhkan
  • Dimiliki oleh lebih dari seorang individu
  • Keuntungan dan Kerugian dibahagikan mengikut perjanjian perkongsian
  • Modal dikumpulkan dan dikongsi bersama oleh semua rakan kongsi
Kebaikan
  • Mudah ditubuhkan
  • Untung dimiliki bersama
  • Mendapat lebih modal dan sokongan rakan kongsi
  • Fleksibel
  • Bebas dari sebarang kawalan
  • Tidak dikenakan cukai korporat
Keburukan
  • Hutang ditanggung semua rakan kongsi (perjanjian)
  • Tiada kesinambungan perniagaan bila salah seorang pemilik berhenti berniaga/mati
  • Perlukan kata sepakat untuk membuat sesuatu perubahan dalam perniagaan
  • Tindakan seorang boleh menjejaskan perniagaan
  • Sukar melupuskan saham rakan kongsi
Syarikat Berhad (Sendirian, Sendirian Berhad Dan Berhad)
Ditubuhkan dibawah undang-undang Syarikat yang mempunyai hak dibawahnya untuk menjalankan aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat perjanjian dengan senarang entiti.

Syarikat Berhad adalah perniagaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 dan terbahagi kepada 3 bentuk :
  1. SendirianSendirian Berhad (Sdn. Bhd.)
  2. Berhad (Bhd.)Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad adalah terhad dengan saham.
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN. BHD.)
  • Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan entiti yang sah terpisah daripada pemilik.Dimiliki oleh 2 -50 orang pemegang saham.
  • Pemilik Syarikat mempunyai liabiliti terhad.
  • Pemilik/pemegang saham syarikat menyumbangkan modalSyarikat dianggota lembaga Pengarah sekurang-kurang 2 orang untuk mengetahuai dasar dan matlamat Syarikat.
  • Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat berhak untuk mengawal Syarikat tersebut.
  • Saham Syarikat boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan di pasaran di pasaran terbuka.Penjualan mesti dengan persetujuan pemegang saham yang lain.
  • Tidak disenaraikan di BSKL.
  • Jangka hayat perniagaan adalah panjang.
  • Boleh dikenali dengan mudah, ada perkataan Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) pada akhir nama Syarikat. Contoh : Rasa Sayang Sdn. Bhd.
Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menajanya, Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah, Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Tertubuhnya bersepanjang sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya, (perpetual seccession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.

Kelebihan:
  • Liabiliti perniagaan adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
  • Kontuniti atau Syarikat terjamin – iaitu Syarikat tidak akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang saham.
  • Kemudahan untuk mendapat modal.
  • Kemudahan dari segi penukaran hakmilik.
  • Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
  • Potensi untuk perkembangan luas.
  • Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
Kekurangan:
  • Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk kepada Akta Syarikat.
  • Cukai Pendapatan yang tinggi.
  • Saham Syarikat tidak boleh dijualbeli melalui Pasaran Saham.
SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD)
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad. Perbezaannya adalah dari segi pemilikan perniagaan. Tiada hadnya bagi mereka yang ingin bagi Syarikat jenis ini. Menurut peruntukkan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama "Berhad". Pemegang saham bebas menjual dan membeli saham dipasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari sesiapa. Pekara-pekara lain seperti penubuhan, pendaftaraan syarikat, agihan keuntungan dan jangka hayat adalah sama seperti Syarikat Sendirian Berhad.

Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965, dan mempunyai sifat-sifat yang sama. Sesebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah berjaya dan ingin menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang hendaklah mengubah bentuknya daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat (Awam) Berhad (Public Ltd. Company) Bilangan ahli Syarikat Berhad ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurang-kurang tujuh orang.

Penjualan Saham

Syarikat Berhad boleh memepelawa orang ramai membeli sahamnya. Tetapi sebelum berbuat demikian, satu panduan rancangan (prospectus) hendaklah disiapkan dan diluluskan oleh Pendaftar Syarikat dan disiarkan diakhbar-akhbar tempatan untuk menerangkan kepada orang ramai kedudukan sebenar syarikat tersebut dan menyebutkan rancangan-rancangan yang hendak dibuat serta anggaran pendapatan dan tahunan syarikat ini mestilah disiarkan di dalam panduan rancangan tersebut dan Pengarah-Pengarah yang berkenaan adalah bertanggungjawab atas segala butir-butir yang terkandung di dalam panduan rancangan itu. Pengarah-Pengarah, Pegawai-pegawai Syarikat dan lain-lain pihak yang berkenaan boleh didenda di Mahkamah jika panduan rancangan ini mengandungi butir-butir yang palsu.

Syarikat berhad yang kecil tidak perlu mengeluarkan Prospektus. Apa yang diperlukan ialah Statement in Lieu of Prospectus yang telah diluluskan oleh Pendaftar Syarikat. Saham Syarikat Berhad ini juga boleh dijual-beli melalui pasaran saham (stock exchange) dengan syarat keahlian syarikat ini tidak terhad kepada mana-mana satu bangsa atau kaum. Sebelum itu Syarikat tersebut hendaklah mendaftar dirinya dengan Pasaran Saham tersebut dengan bayaran-bayaran tertentu.

Organisasi Syarikat

Organisasi syarikat berhad adalah sama dengan syarikat Syarikat sendirian berhad iaitu ia mempunyai Lembaga Pengarah yang memegang teraju syarikat. Penubuhan Cara-cara menubuhkan syarikat dan bayaran penubuhan syarikat berhad adalah sama dengan syarikat sendirian berhad iaitu mengikut modal yang dibenarkan (authorised capital).

Walaupun demikian, adalah diingatkan bahawa kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 ke atas syarikat berhad adalah lebih rumit lagi daripada yang dikenakan ke atas syarikat sendirian berhad. Salah satu daripadanya ialah syarikat berhad dikehendaki memajukan imbangan kira-kira tahunannya yang diaudit bersama-sama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun. Mereka yang ingin menubuhkan syarikat ini adalah dinasihatkan supaya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad terlebih dahulu dan sesudah syarikat itu berjalan dengan baik dan perlu menambahkan modalnya

Kelebihan
  • Saham syarikat boleh dijual beli melalui Pasaran Saham.
  • Syarikat boleh mempelawa orang ramai untuk membeli saham.
  • Lebih mudah untuk mendapat pinjaman daripada Institusi-institusi Kewangan.
Kekurangan

  • Bilangan ahli atau pemegang saham yang terlalu ramai.
  • Sukar untuk mengekalkan suasana dan perhubungan yang rapat dan baik di antara pihak pengurusan dengan kakitangan dan juga di antara pemegang saham dan pengurusan.
  • Lebih rumit untuk diuruskan dan kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 yang lebih ketat.
  • Diperlukan memfail kepada Pendaftar Syarikat penyata kewangan yang beraudit bersama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun.
  • Berbagai jenis cukai yang kena dibayar.

No comments:

Post a Comment

*** PERHATIAN ***

Semua maklumat dalam blog ini dipetik dari sumber internet bertujuan sekadar pembelajaran semata-mata. Sebarang kesilapan ejaan adalah tidak disengajakan. Laman ini bukan bertujuan untuk meraih keuntungan. Harap Maklum.